Guru dikehendaki membuat ulasan bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Ulasan ini merupakan satu penulisan mengenai proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam penulisan ini,guru perlu membuat penerokaan dan kajian unsur-unsur yang tersurat dan tersirat semasa proses P&P.
Tujuan penulisan ini adalah untuk membantu guru mengenal pasti kekuatan serta kelemahan,meningkatkan pengetahuan dan keterampilan sebagai guru profesional dalam mengambil tindakan susulan untuk melakukan penambahbaikan mutu pengajaran dan pembelajaran dan menjadikan pemikiran kreaif,inovatif dan kritis sebagai subjek pembaharuan diri dalam profesyen sebagai seorang guru yang profesional.
No comments:
Post a Comment