PERSEDIAAN MENGAJAR BAGI SESEORANG GURU
- Perancangan yang terdiri daripada langkah-langkah pengajaran yang akan dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah.
- Terdiri daripada butiran am,tajuk pelajaran,objektif,kemahiran serta bahan bantu mengajar.
- Pengetahuan sedia ada pelajar perlu dipertimbangkan oleh guru dengan menerapkan ilmu yang di ajar serta nilai-nilai murni yang berkaitan.
- Pengetahuan sedia ada ini dapat dikembangkan serta ditingkatkan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman pelajar dengan ilmu-ilmu yang baharu yang mana sebagai seorang pelajar mereka dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka.
KEPENTINGAN
- Membolehkan guru menentukan objektif pengajaran yang sesuai sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran.
- Guru dapat menentukan pendekatan,strategi,kaedah yang ingin digunakan dan teknik pengajaran yang bersesuai dengan tahap pemikiran para pelajar.
- Dapat membantu guru dalam memilih bahan dan sumber yang sesuai.
- Dapat memastikan semua isi pelajaran yang telah dipilih dismapaikan kepada pelajar.
- Membantu guru memikirkan dengan terang matlamat atau objektif,pemilihan isi penting dan susunan cara mengajar.
- Memastikan guru tidak menyeleweng ketika sesi pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlaku.
- Adanya persediaan mengajar.
PENGAJARAN MIKRO
Suatu pengajaran pendidikan yang mengandungi sekurang-kurangnya satu kemahiran yang dilaksanakan oleh pelajar di dalam kelas semasa berada di Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA) dan Intitusi Pengajian Tinggi Swasta(IPTS). Pengajaran ini berlangsung selama 15-30 minit yang mana di pantau oleh pensyarah bagi subjek pendidikan yang di ambil di IPTA atau IPTS.
TUJUAN
- Memberikan pegalaman mengajar kepada pelajar dan latihan pengetahuan asas mengajar.
- Pelajar dapat mengembangkan potensi mengajar sebelum mengajar di kelas yang sebenar.
- Memberikan persediaan kepada pelajar untuk mendapatkan pelbagai ragam anak murid yang perlu di hadapi olehnya semasa mengajar di alam yang sebenar.
No comments:
Post a Comment